Make your own free website on Tripod.com
SMKKL | WARGA SMKKL | AKADEMIK | PROGRAM 3K | BERITA TERKINI | GALERI | PAUTAN | WEBMASTER
SMKKL
Lagu SMKKL
WARGA SMK
Guru Sidang Pagi
Guru Sidang Petang
KTBM
AKADEMIK
BERITA TERKINI

SECANGKIN MADAH
PENGETUA SMK KOLOMBONG

Assalamualaikum warahmatullahi wabara katuh dan salam sejahtera.
terlebih dahulu saya ingin memanjangkan kesyukuran ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurniaannya,laman web sulung smk kolombong yang dinanti-nantikan ini dapat disiarkan pada tahun ini dan ianya menjadi satu realiti.sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh ahli dalam Unit ICT yang telah berusaha begitu gigih memastikan segala perancangan dan proses pembikinan laman web ini berjalan dengan baik.

Diharapkan dengan kelahiran laman web SMKKL ini,dapat menjayakan visi dan misi sekolah kita iaitu bertekad melahirkan insan yang kamil dan unggul serta beriltizam menggunakan ilmu sebagai asas pembentukan akhlak,emosi,rohani,dan intelek insaniah,menerusi aplikasi teknologi komunikasi dan maklumat bsgi mempermudahkan proses perolehan ilmu yang syumul dan efisien.kepada seluruh warga smk kolombong "SMKKL" diharapkan dapat mencapai sesuatu cita-cita untuk membantu dalam merelisasikan keupayaan membentuk kecemerlangan yang gemilang.

Selaku pengetua sekolah ini,saya ingin menyeru kepada para pelajar yang dikasihi,agar belajar bersungguh-sungguh dalam mencapai kejayaan yang diidam-idamkan. sesungguhnya "tidak ada jalan pintas untuk mencapai kejayaan.rajin punca kejayaan,malas punca kegagalan." belajarlah selagi ada kesempatan, jangan menunggu sehingga kesempitan,kerana kejayaan dalam akademik akan menjamin masa depan di samping dapat menangani cabaran wawasan 2020 serta dapat bersaing dalam era globalisasi dalam konteks yang lebih luas.

Akhir kata,semoga "SMKKL" ini dapat memberi aspirasi serta manfaat kepada semua warga smk kolombong.hasil usaha murni ini pihak sekolah akan sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan allah s.w.t. insyaallah.


Sekian,terima kasih

PROGRAM 3K
Pengenalan
Matlamat,Objektif
Pengisian Program
Pelaksanaan
GALERI
PAUTAN
Pautan SMKKL
WEBMASTER
Webmaster SMKKL
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOLOMBONG
JALAN NOUNTUN, KOTA KINABALU, SABAH

PETI SURAT NO.A-155 INANAM,
89357 KOTA KINBALU, SABAH
TEL : 088-434464   FAX : 088 - 431450