Make your own free website on Tripod.com
SMKKL | WARGA SMKKL | AKADEMIK | PROGRAM 3K | BERITA TERKINI | GALERI | PAUTAN | WEBMASTER
SMKKL
Lagu SMKKL
WARGA SMK
Guru Sidang Pagi
Guru Sidang Petang
KTBM
AKADEMIK
BERITA TERKINI

PROGRAM 3K SMK KOLOMBONG 2003 - 2008

PENGENALAN
Sekolah Memengah Kebangsaan Kolombong adalah sebuah sekolah baru. Ia terletak di kawasan Kolombong, Inanam Kota Kinabalu. Ia mula beroperasi pada 7 Januari 2001 dengan 450 orang pelajar tingkatan satu dan peralihan. Pada masa itu ia menumpang di bangunan SK Kolombong. Ia mula menggunakan bangunan sendiri pada 2 Julai 2001. Pada tahun 2002 jumlah pelajarnya meningkat kepada 957 orang. Pada masa ini juga kelas Pendidikan Khas (Pelajar lembam) diwujudkan dengan 8 orang pelajar. Pada tahun 2003 jumlah pelajarnya telah meningkat kepada 1,158 orang pelajar yang terdiri daripada tingkatan satu, dua, tiga dan Pendidikan Khas. Tahun ini (2004) jumlah pelajarnya dijangka meningkat kepada 1,500 orang dan akan dibuka kelas tingkatan empat.

Sebagai sebuah sekolah baru maka sudah pastinya mempunyai banyak kekurangan dalam pelbagai aspek terutama sekali bahan bantu belajar seperti komputer, buku-buku bacaan di pusat sumber, peralatan mengajar, kemudahan di makmal, peralatan sukan dan sebagainya. Justeru itu Program 3K Mesra Ilmu ini diwujudkan sebagai salah satu usaha untuk menangani kekurangan tersebut. Program ini juga adalah salah satu pengisian Program Beyond Excellance sekolah yang bervisi menjadikan SMK Kolombong "Sekolah Harapan" pada tahun 2008 dan "Sekolah Gemilang" pada masa hadapan.

Program 3k Mesra Ilmu ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang indah, bersih, selamat serta dapat membantu meningkatkan prestasi akedemik dan sahsiah pelajar. Program 3K Mesra Ilmu ini akan memberi tumpuan kepada dua projek utama iaitu mewujudkan "Pusat Sumber Merentasi Sekolah" dan "Sekolah Dalam Taman Ilmu". Program 3K Mesra ilmu ini dipanggil mesra ilmu kerana segala aktiviti mengindahkan persekitaran sekolah diserapkan pelbagai unsur ilmu yang secara tidak langsung dapat membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik mereka. Di samping itu juga persekitaran yang terwujuud itu memberi pendidikan kepada semua masyarakat sekolah termasuklah para pelancong yang berkunjung ke sekolah ini.

KRITIKAL ISU KEJAYAAN DAN RASIONAL
1. Sekolah memerlukan lebih banyak bahan buku bacaan dalam pelbagai bidang ilmu. Pada masa ini sekolah kekurangan buku-buku bacaan dalam pusat sumber sekolah. Buku bahan bacaan di pusat sumber sekolah hanya lebih kurang 1000 naskah dan tidak mencukupi untuk menampung keperluan 1,500 pelajar di sekolah ini. Lantaran itu program NILAM yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan.

2. Sekolah memerlukan bilik pusat sumber sekolah yang lebih dekat dengan kelas pelajar. Lokasi bilik perpustakaan yang sedia ada terletak jauh daripada bilik darjah pelajar . Situasi ini menyukarkan dan membuang masa pelajar berjalan ke perpustakaan. Keadaan ini juga menyukarkan pihak sekolah mengawal disiplin pelajar.

3. Sekolah memerlukan lebih banyak bilik / kawasan membaca. Ruang membaca di bilik perpustakaan terhad dan hanya sedikit pelajar dapat ditampung dalam satu masa. Jika program NILAM dilaksanakan serentak untuk 1,500 orang pelajar maka sudah tentulah tidak dapat dilaksanakan kerana kekurangan ruang tempat membaca dan buku-buku bahan bacaan.

4. Sekolah memerlukan banyak wang untuk membeli buku-buku bacaan dan mengubahsuai serta melengkapkan bilik-bilik khas untuk dijadikan pusat sumber sekolah. Pada masa ini sekolah kekurangan wang untuk membeli buku-buku bahan bacaan dan tidak ada peruntukan wang untuk perbelanjaan mengubahsuai dan melengkapkan bilik-bilik khas untuk dijadikan bilik-bilik pusat sumber.

5. Kami ingin menjadikan SMK Kolombong sebagai salah satu sekolah pelancongan di Sabah . Bangunan sekolah sudah cukup cantik tetapi jika dihiasi / disulikkan sudah pasti ia akan lebih cantik dan menawan. Justeru itu sekolah mahu membina taman-taman di seluruh kawasan sekolah. Kami juga merancang untuk mensmartceriakan bilik-bilik tertentu dengan pelbagai alat teknologi canggih agar sekolah ini akan betul-betul menjadi "Sekolah Pelancongan Sabah", seperti yang diimpikan oleh Pengarah Pendidikan Sabah.

6. Visi dan Misi sekolah begitu besar dan ikhlas tetapi tidak dapat dijayakan kerana kurang mendapat sokongan dan bantuan daripada orang ramai serta agensi-agensi luar sekolah. Kami mahu mewujudkan permuafakatan dan rangkaian dengan banyak agensi kerajaan, swasta dan agensi bukan kerajaan untuk menjayakan program ini.

< SETERUSNYA >

 

PROGRAM 3K
Pengenalan
Matlamat,Objektif
Pengisian Program
Pelaksanaan
GALERI
PAUTAN
Pautan SMKKL
WEBMASTER
Webmaster SMKKL
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOLOMBONG
JALAN NOUNTUN, KOTA KINABALU, SABAH

PETI SURAT NO.A-155 INANAM,
89357 KOTA KINBALU, SABAH
TEL : 088-434464   FAX : 088 - 431450